MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR



Sambutan hari lahir untuk pegawai dan staf PPD Kerian yang lahir pada bulan mac dan april serta awal mei. Atur cara majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis. Seterusnya penyampaian cenderamata, acara memotong kek dan nyanyian lagu hari lahir. Cenderamata turut juga disampaikan kepada pegawai dan staf yang menerima cahaya mata.

KOIR KELAB PPD

 

Latihan Koir Kelab PPD diadakan 2 kali seminggu. Pasukan koir ini dianggotai oleh pegawai dan staf PPD Kerian. Pengurusnya ialah En. Madzran Raden Sukianto dan dilatih oleh En. Azzat B. Habibullah





SAMBUTAN HARI LAHIR

Majlis makan malam dan Sambutan Hari Lahir untuk Pn. Ommi Kalsom Bt Mohamad, En. Ahmad Bin Jaafar, En. Abd Wahid Bin Ahmad, En. Rosli Bin Jahya, Tn. Hj. Saidin Bin Mohd Noor, En. Tuan Mohd Fazli Bin Tuan Abdullah dan Pn. Faredah Bt. Umar yang lahir dalam bulan Februari. Majlis ini diadakan di Hotel Regency Kuala Lumpur pada 2 Mac 2013 jam 8.30 malam.

LAWATAN 5S

Lawatan Aktuari Pelaksanaan Sistem Persekitaran Kualiti 5s ke PPD Batang Padang & PPW Bangsar Pudu pada 1 hingga 3 Mac 2013. Objektif lawatan ini adalah untuk memahami dengan lebih lanjut pelaksanaan sistem persekitaran kualiti 5s dan mendapatkan maklumat praktikal ‘hands-on’ dan ‘in situ’. Disamping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat homogenes sesama rakan sejawatan di lokasi berkenaan.

SAMBUTAN HARI LAHIR

Sambutan Hari Lahir untuk Tn. Hj. Anwar bin Jaapar, Tn. Hj. Zainoddin bin Napiah, Pn. Faizah binti Halmi, En. Azharuddin bin Jamaluddin, Tn. Hj. Mohd Yusof bin Yahya, Cik Yusniza binti Hj. Othman, En. Mohd Faizal bin Ismail, En. Zolkefli bin Jamaluddin dan En. Ahmad Fisal bin Shafeei yang lahir pada bulan Januari sehingga 1 Februari.

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS

Majlis Penyerahan Tugas oleh AJK Kelab PPD Kerian sesi 2011-2012 kepada AJK Kelab PPD Kerian sesi 2013-2014. Majlis ini disaksikan oleh Pn. Ommi Kalsom binti Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian.  

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Ceramah Maulidur Rasul dianjurkan oleh Kelab PPD Kerian dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam PPD Kerian telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 1 Februari 2013 bertempat di Dewan Alamanda PPD Kerian. Ceramah disampaikan oleh Tn. Hj. Abd Rashid bin Idris dari SMK Pekan Baru.

MESYUARAT AJK KALI PERTAMA

Mesyuarat AJK Kelab PPD Kerian kali pertama diadakan pada 25 Januari 2013 bertempat di Melor Inn Parit Buntar. Agenda utama mesyuarat adalah menrancang aktiviti tahunan kelab. 

OBJEKTIF KELAB

  • Untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua individu yang bekerja di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.

  • Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memupuk hubungan erat antara semua individu yang bekerja di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.

  • Untuk membantu pentadbiran dan pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.